Friday, July 16, 2010

nyam..nyam..nyam..

Sup ayam & daging special.

Bahan-bahan ( 4 org makan. )
4 ketul ayam-dipotong kecil
300gm daging-dipotong nipis
1 biji ubi kentang-dipotong dadu
1/2 btg carrot-dipotong dadu
1 biji tomato-dipotong dadu
3 biji bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
1 batang serai-dititik
2 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
1 sudu besar serbuk kurma
1 in halia-ditumbuk
3 cawan air
Minyak secukupnya
Garam, serbuk perasa, daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara
1.Panaskan minyak. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia yg ditumbuk. Masukkan rempah sup dan rempah kurma bersama sedikit air. biar naik baunya.
2.Masukkan air. Bila mendidih, masukkan ayam dan daging dan ubi kentang, biar empuk sedikit.
3.Masukkan carrot dan tomato. Masukkan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih dan pekat sedikit.
4.Bila sudah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Hidangkan bersama nasi atau roti..

p/s - bleh ah mencuba unk dijamu kpd para suami..

No comments:

Post a Comment